“Jangan Melampau, Jaga Perasaan Ibu Melahirkan”. Neelofa Kecewa Individu Edit Muka Bilal
“Jangan Melampau, Jaga Perasaan Ibu Melahirkan”. Neelofa Kecewa Individu Edit Muka Bilal
Jangan melampau, jaga perasaan ibu melahirkan. Neelofa kecewa individu edit muka bilal. Sejak semalam kecoh ada individu yang memaparkan wajah Bilal di media sosial. Hal yang sangat disorok oleh Neelofa pada umum kerana usahawan ini hanya memberikan gambaran Bilal secara sipi-sipi sahaja.
Dan ternyata tindakan seorang individu dikenali sebagai Amran_fan77 yang mengedit muka Bilal menjadi sangat tua dan menulis Akhirnya. Cute je. Bukan tak cute. Kenapa tah nak sorok-sorok.
Di sebalik ramai memberikan komen-komen berbentuk sindiran dan lawak jenaka ternyata hal ini mendatangkan kekecewaan di hati Neelofa sendiri mengenai situasi tidak disenanginya itu.
Di insta stori sekejap tadi menulis “edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia. Lepas tu sebarkan gambar yang edit faka tu. Dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya.

Tulis Lofa, “dah puas hati? Dan dirinya melepaskan kekecewaan dengan menambah “tak tahu nak rasa apa. Allahuakbar sambil membuat emoji menangis dan patah hati.
Kemudian dirinya menambah “jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara. Mengubah/edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati. Benda ini dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tak baik.
“Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa…luahnya.
Ternyata gurauan yang sering dilemparkan individu ini sama sekali telah mengguris hati selebriti ini. Apa pun kalau tak suka pun diamlah. Bukan semua benda boleh kita buat lawak atau gurau terutama bab anak-anak. Hati mak-mak memang sangat sensitif dalam hal satu ini.
Post a Comment for "“Jangan Melampau, Jaga Perasaan Ibu Melahirkan”. Neelofa Kecewa Individu Edit Muka Bilal"