Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Terkulai lemah, ibu sedih bayi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga pengasuh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan tuntutan kerjaya kerana mahu mereka sentiasa selamat dibawah jagaan seseorang.


Namun, sayangnya tidak semua bernasib baik apabila munculnya berita kemalangan dan kematian melibatkan kanak-kanak di rumah pengasuh sehingga menyebabkan segelintir ‘takut’ menghantar mereka lagi.


Aisyah ‘pergi’ pada hari pertama dijaga pengasuh


Situasi ini dialami sendiri oleh seorang ibu apabila dia dan seisi keluarga kehilangan bayi perempuan berusia 3 bulan pada hari pertama dijaga pengasuh.


Menerusi hantaran dikongsikan oleh keluarga ibu tersebut, difahamkan bayi bernama Aisyah itu ditemui meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh pada awal November lalu. Walaupun sukar untuk menerima hakikat, namun mereka sangat bersyukur kerana Allah sudah meminjamkan Aisyah selama tiga bulan.

Ujian tanda Allah sayang, ibu hampir terkulai lemah…


Ibu kepada bayi tersebut yang dikenali sebagai Fizah memberitahu keadaan bertambah cemas apabila dia dikejutkan dengan khabar anaknya tidak sedarkan diri sebelum menyuruh pengasuh berkenaan menelefon talian kecemasan.


Hati ibu mana tak remuk dan berkecai sebaik sahaja mendapat tahu anaknya tidak sedarkan diri. Pun begitu, dia terpaksa berlakon kuat dihadapan semua orang bahawa dirinya berada dalam keadaan baik dan terkawal.


Malangnya, saat melihat sekujur tubuh anaknya di hospital, dia hampir rebah dan cuba menerima takdir bahawa ‘Aisyah’ sudah tiada lagi.


“Ingin menangis tetapi sudah kehabisan air mata untuk mengungkapkan kesedihan,”luahnya.
“Cuba menahan seboleh mungkin semua perasaan sedih, walaupun tahu kamu sudah tiada,”tulisnya.

Kes dalam siasatan polis


Cerita ahli keluarga, pengasuh bayi berkenaan disiasat oleh pihak polis walaupun mereka sedar dia juga insan biasa yang tak terlepas daripada melakukan kecuaian. Katanya, mungkin ini adalah takdir buat mereka sekeluarga terutama adiknya yang sudah dua kali kehilangan ‘anak syurga’.

Sumber: TikTok @alia2384, Facebook Azlina Mohd & Fizah Mohd 

Post a Comment for "Terkulai lemah, ibu sedih bayi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga pengasuh"