Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rider Foodpanda Dibelasah 4 Guard Warga Bangladesh Myanmar Guna Cotar Bertubi2

Rider Foodpanda Dibelasah 4 Guard Warga Bangladesh Myanmar Guna Cotar Bertubi2

Rider phailing  dipukul oleh beberapa pengawal keselamatan di Shah Alam 

Bagaimanapun tiada info lanjut diperolehi..

Kes ini segera memperingatkan kejadian hampir sama yang berlaku pada tahun lepas di Setia Alam yang menggemparkan warga phailing khasnya..

Di sinilah sikap saling hormat menghormati diperlukan kerana beban tugas masing-masing boleh menyebabkan masing-masing hilang sabar..

Seperkara yang harus diingat ialah pihak pengurusan bangunan juga perlu tampil bertanggungjawab umpamanya tiada kemudahan untuk meletakkan kenderaan rider phailing dan jika ada dalam jarak yang jauh sedangkan tempoh masa rider meletakkan kenderaan mereka hanya sekitar 5 minit.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Riders P-Hailing Sekalian.

Berikutan video tular berkaitan seorang Riders Foodpanda dilihat dipukul oleh Pengawal Keselamatan di Menara U , Shah Alam.

Info yang Min terima bahawa isu terbabit telah diselesaikan secara baik diantara Riders dan Pihak Pengurusan Menara U2.

Kisahnya bermula apabila Pelanggan meminta Riders tersebut meninggalkan pesanan beliau di pos pengawal kerana pelanggan berada di luar kawasan namun pengawal keselamatan tersebut tidak membenarkan Rider tersebut meninggalkan pesanan tersebut dan membuat Riders tersebut mula bertengkar dan menampar salah seorang pengawal keselamatan. Selepas itu beberapa pengawal keselamatan lain mula datang dan mula mencampuri urusan apabila melihat Riders tersebut telah menampar salah seorang pengawal keselamatan di sana.

Setelah berlaku kekecohan Riders telah berjumpa dengan ketua pengurusan bangunan Menara U dan pihak pengurusan telah memohon maaf kepada Rider tersebut dan memberi jaminan akan bertanggungjawab terhadap pengawal keselamatan yang terlibat dan Pihak pengurusan dan Riders tersebut memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara ini dan menyelesaikan perkara ini secara baik.

Min juga memohon kepada semua Riders di Malaysia untuk bertenang dan tidak melakukan apa-apa provokasi kerana isu ini telah diselesaikan secara baik antara Rider dan Pihak Pengurusan.

Pesanan Min , diharapkan selepas ini di manĂ -mana kawasan bangunan yang tidak membenarkan Penghantaran ke atas bangunan untuk menyediakan ruang khas untuk Rider/Driver Courier meletakkan barangan pelanggan dan jadikan isu ini sebagai pengajaran.

Link video: https://fb.watch/hm8cZxn6Wy/

Post a Comment for "Rider Foodpanda Dibelasah 4 Guard Warga Bangladesh Myanmar Guna Cotar Bertubi2"