Pelakon Diana Danielle Sah Failkan Cerai Dengan Farid Kamil. Ini Punca Terjadi Buat Ramai Tak Sangka



Kuala Lumpur – Tiada hujan, tiada ribut tiba-tiba mohon diceraikan.


Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku s.hiqaq perbalahan berpanjangan.


Sekadar info, Diana Danielle Danny Beeson merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat. Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria dan Raisha.

Manakala, Farid Kamil Zahari pula ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.


Tidak Lagi Tinggal Serumah


Permohonan cerai tersebut telah disebut di M.ahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini. Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.


Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof mem.erintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai JKP.


Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.


Kredit : Kosmo/IG