Innalilahi, Khabar Duka Pelakon Riezman Khuzaimi Makin Teruk Kat Hospital. Alfatihah..


Petaling Jaya – “Seluruh tangan kiri kebas dan mencucuk-cucuk. Lepas sebulan ada kurang sikit dan terus pakai pendakap leher,” kata pelakon, Riezman Khuzaimi, 53, yang berdepan masalah slipdisc.


Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi berkata, dia terpaksa menahan kesa.kitan ketika penggambaran disebabkan masalah itu.


Sekadar info, Mohd Rizman Bin Mohd Khuzaimi atau juga dikenali sebagai Riezman Khuzaimi merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit Malaysia, yang banyak bergiat aktif di televisyen dan filem.


Sepanjang kerjaya beliau sebagai pelakon beliau telahpun berlakon dalam filem dalam dan luar negara seperti filem Scarline Cruisers, KLU, Impian, Adventure 96, Tragedi Oktober, Baik Punya Cilok, Waris Jari H.antu, Sepi dan Congkak. Selain itu beliau turut berlakon dalam drama tv seperti Di Sebalik Awan, Serakah, Cinderella dan Tarantula.

Semoga Cepat Sembuh

Saya mengalaminya sejak minggu pertama Ramadan lalu. Sekarang ada kurang sedikit tapi masih kena pakai neck brace. Doktor kata mungkin ambik masa dua ke tiga bulan untuk betul-betul pulih.


“Kerja pun masih pakai 24 jam. Ketika penggambaran, boleh buka sekejap. Bila habis babak pakai semula. Sebenarnya kena banyak rehat kalau nak cepat pulih,” katanya.


Pertama kali berdepan masalah kesihatan itu tidak menghalang Riezman untuk meraikan Aidilfitri kali ini.


Masih beraya macam biasa. Sekarang tak ada penggambaran tapi baru ada tawaran daripada Datuk A Aida untuk Jun nanti.

“Ya ini pertama kali saya mengalaminya. Harap cepat sembuh, cukup rehat dan kembali beraksi di layar,” katanya.


Baru-baru ini, Riezman berkongsi sudah sebulan dia memakai pendakap leher itu. Ramai mendoakannya cepat sembuh dalam ruangan komen menerusi hantaran itu.


Kredit : HM/IG